Inovasi Pedagogi BerteknologiPPD Kluang · 23 Oktober 2026
Rujukan · Sedia Salin

Perpustakaan Prompt

Prompt yang baik ialah arahan yang lengkap. Gunakan empat bahagian CTFC ini setiap kali anda menulis prompt, di mana-mana alat AI. Tukar bahagian dalam [KURUNGAN] mengikut kelas anda sebelum digunakan. Prompt bertanda ‘sedia guna’ sepadan terus dengan sumber Buku Teks Sains T4 Unit 2.

Formula CTFC: resipi prompt guru

C · Context

Siapa anda dan murid anda

Contoh: Saya guru Sains Tahun 4. Murid saya ramai yang sederhana.

T · Task

Apa yang anda mahu (+ bahan)

Contoh: Berdasarkan buku teks yang dimuat naik, buat 5 soalan kuiz topik pernafasan.

F · Format

Bentuk jawapan

Contoh: Jadual: soalan, pilihan A hingga D, jawapan.

C · Constraints

Syarat

Contoh: Bahasa Melayu mudah. Kalau tiada dalam buku, cakap TIADA.

Aktiviti 1 · Gemini NotebookAktiviti 2 · Canva AIAktiviti 3 · Google ClassroomAktiviti 4 · CabaranAktiviti 5 · PengurusanClassroom · GeminiPengurusan · SuratPengurusan · HebahanPengurusan · CanvaWorkflow · SasaranWorkflow · CubaWorkflow · BaikiWorkflow · PersonaNotebook · ChatStudio · Slide DeckStudio · InfografikStudio · QuizStudio · FlashcardsStudio · Mind MapStudio · Data TableStudio · ReportsStudio · Audio OverviewStudio · Video OverviewCanva AI · SlaidCanva AI · AktivitiCanva AI · PosterCanva AI · CodeCanva AI · Aktiviti MuridGuru · Pengurusan

Aktiviti 1 · Gemini Notebook

Aktiviti 1 · Gemini Notebook Nota ringkas
Anda pembantu guru [SUBJEK] Tahun [TAHUN]. Berdasarkan sumber ini sahaja, sediakan nota ringkas topik [TOPIK] untuk murid berumur [UMUR] tahun: 5 fakta utama dalam ayat pendek, 5 istilah penting dengan maksud mudah, dan 1 contoh dalam kehidupan harian murid. Nyatakan rujukan bagi setiap fakta. Tulis dalam Bahasa Melayu.
Aktiviti 1 · Gemini Notebook Kuiz beraras
Sediakan 10 soalan aneka pilihan tentang [TOPIK] untuk murid Tahun [TAHUN] berdasarkan sumber sahaja: 4 soalan aras mudah, 4 aras sederhana dan 2 aras tinggi. Setiap soalan ada 4 pilihan jawapan, jawapan betul dan penerangan ringkas. Bahasa Melayu yang mudah difahami.

Aktiviti 2 · Canva AI

Aktiviti 2 · Canva AI Lembaran kerja
Reka lembaran kerja A4 untuk murid Tahun [TAHUN] bertajuk '[TAJUK]'. Gunakan fakta ini sahaja: [TAMPAL 5 FAKTA]. Sediakan 1 aktiviti label rajah, 1 aktiviti padankan dan 3 soalan jawapan pendek. Gaya kartun mesra kanak-kanak, warna cerah, fon besar, ruang menulis yang cukup. Semua teks dalam Bahasa Melayu.
Aktiviti 2 · Canva AI Infografik
Reka infografik potret untuk murid Tahun [TAHUN] tentang [TOPIK] berdasarkan fakta ini: [TAMPAL]. Susun sebagai 5 langkah atau 5 fakta bernombor dengan ikon, tajuk besar dan satu kotak 'Tahukah Anda?'. Warna ceria, teks ringkas, Bahasa Melayu.
Aktiviti 2 · Canva AI Kuiz Canva Code
Bina kuiz interaktif 10 soalan aneka pilihan tentang [TOPIK] untuk murid Tahun [TAHUN]. Gunakan soalan ini: [TAMPAL DARI GEMINI NOTEBOOK]. Paparkan satu soalan setiap skrin, beri maklum balas betul atau salah serta-merta dengan penerangan ringkas, dan papar skor di akhir dengan butang 'Cuba lagi'. Butang besar, warna ceria, semua teks dalam Bahasa Melayu.

Aktiviti 3 · Google Classroom

Aktiviti 3 · Google Classroom Arahan tugasan
Tulis arahan tugasan Google Classroom untuk murid Tahun [TAHUN] bagi lembaran kerja '[TAJUK]'. Gunakan 4 langkah bernombor, ayat pendek dan mesra, nyatakan tarikh hantar [TARIKH] dan cara menghantar (gambar atau fail). Akhiri dengan satu ayat motivasi. Bahasa Melayu.
Aktiviti 3 · Google Classroom Rubrik daripada DSKP
Berdasarkan standard pembelajaran dalam sumber ini, sediakan rubrik 3 kriteria untuk tugasan '[TAJUK]' murid Tahun [TAHUN]. Setiap kriteria ada 3 tahap (Cemerlang 3 markah, Baik 2 markah, Perlu Bimbingan 1 markah) dengan penerangan satu ayat yang mudah difahami murid. Format jadual.

Aktiviti 4 · Cabaran

Aktiviti 4 · Cabaran Draf Pelan Aktiviti PDPC
Anda perancang PDPC saya. Sasaran: Murid Tahun [TAHUN] dapat [OBJEKTIF], dan saya tahu melalui [BUKTI]. Berdasarkan sumber ini, sediakan pelan aktiviti 60 minit dalam jadual: fasa (set induksi, perkembangan, penutup), masa, aktiviti murid, peranan guru, bahan (nota Gemini Notebook, lembaran kerja Canva, tugasan Classroom) dan cara pentaksiran. Satu halaman sahaja, Bahasa Melayu.
Aktiviti 4 · Cabaran Draf Pelan Tugas Pengurusan
Saya [JAWATAN] di sekolah rendah. Bantu saya merancang aliran kerja untuk [TUGAS, contoh mesyuarat panitia Sains bulan November]. Sediakan jadual langkah dari persediaan hingga susulan, dengan kolum: langkah, alat (Gemini Notebook, Canva, Google Forms/Sheets/Docs/Calendar, Classroom), hasil, tarikh dan anggaran masa. Cadangkan juga 3 perkara yang boleh diautomasikan. Bahasa Melayu.

Aktiviti 5 · Pengurusan

Aktiviti 5 · Pengurusan Pembantu Pekeliling
Berdasarkan dokumen yang dimuat naik sahaja, senaraikan dalam jadual: nama dokumen, tindakan yang perlu diambil oleh sekolah, pegawai bertanggungjawab, tarikh akhir dan dokumen yang perlu dihantar. Susun mengikut tarikh akhir yang paling hampir. Tandakan perkara yang tidak dinyatakan dengan 'Tidak dinyatakan'.
Aktiviti 5 · Pengurusan Rumusan data borang
Ini data respons borang [NAMA BORANG] (tanpa nama individu): [TAMPAL ATAU MUAT NAIK]. Rumuskan dalam 5 poin: dapatan utama, trend, perkara yang membimbangkan, cadangan tindakan dan satu ayat untuk laporan mesyuarat. Bahasa Melayu formal.

Classroom · Gemini

Classroom · Gemini Soalan perbincangan Question
Cadangkan 3 soalan perbincangan terbuka tentang [TOPIK] untuk murid Tahun [TAHUN] yang boleh disiarkan sebagai 'Question' di Google Classroom. Setiap soalan menggalakkan murid memberi contoh daripada kehidupan sendiri. Bahasa Melayu mudah.
Classroom · Gemini Maklum balas tugasan
Ini hasil kerja murid Tahun [TAHUN] (tanpa nama): [TAMPAL]. Berdasarkan rubrik ini: [TAMPAL RUBRIK], tulis maklum balas 3 ayat: satu kekuatan, satu perkara untuk diperbaiki dan satu langkah seterusnya. Nada positif dan membina.

Pengurusan · Surat

Pengurusan · Surat Draf surat atau memo
Tulis draf [surat jemputan / memo dalaman] daripada [JAWATAN] [SEKOLAH] kepada [PENERIMA] tentang [PERKARA] pada [TARIKH, MASA, TEMPAT]. Format surat rasmi sekolah Malaysia dengan rujukan, tajuk bercetak tebal dan perenggan bernombor. Bahasa Melayu formal.

Pengurusan · Hebahan

Pengurusan · Hebahan Kapsyen hebahan media sosial sekolah
Tulis kapsyen Facebook untuk halaman rasmi sekolah tentang [PROGRAM/PENCAPAIAN] pada [TARIKH]. 3 hingga 4 ayat, nada bangga tetapi sopan, ucap tahniah kepada murid dan guru terlibat, 3 tanda pagar yang sesuai. Jangan nyatakan nama penuh murid.

Pengurusan · Canva

Pengurusan · Canva Infografik pencapaian sekolah
Reka infografik segi empat sama untuk halaman FB sekolah bertajuk '[TAJUK]'. Paparkan [3 hingga 5 pencapaian atau angka] dengan ikon dan nombor besar, logo sekolah di atas, warna [WARNA SEKOLAH], ruang untuk tarikh. Teks ringkas, Bahasa Melayu.
Pengurusan · Canva Carta organisasi unit
Reka carta organisasi [UNIT/PANITIA] [SEKOLAH] tahun 2027 dengan jawatan: [SENARAI JAWATAN DAN NAMA]. Susun atur hierarki dari atas ke bawah, kotak berwarna mengikut peringkat, logo sekolah, A4 landskap, Bahasa Melayu.

Workflow · Sasaran

Workflow · Sasaran Perancang PdP daripada Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
Anda perancang PdP saya. Sasaran: [OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN KRITERIA KEJAYAAN]. Berdasarkan sumber yang dimuat naik, (1) cadangkan urutan aktiviti 60 minit dalam jadual (fasa, masa, aktiviti murid, peranan guru), (2) senaraikan bahan yang perlu dijana mengikut keutamaan, (3) nyatakan bahagian sumber yang perlu saya baca dahulu. Jika sesuatu tiada dalam sumber, nyatakan TIADA.

Workflow · Cuba

Workflow · Cuba Penyemak bahan lawan sumber
Bertindak sebagai penyemak. Bandingkan bahan yang saya jana dengan sumber. Senaraikan dalam jadual: fakta yang tidak disokong sumber, istilah yang terlalu sukar untuk Tahun [TAHUN], dan satu salah faham murid yang mungkin timbul daripada setiap bahan. Cadangkan pembetulan khusus.
Workflow · Cuba Apa yang TIDAK ada dalam sumber
Senaraikan 3 perkara tentang [TOPIK] yang biasa ditanya murid Tahun [TAHUN] tetapi TIDAK diterangkan dalam sumber ini. Nyatakan dengan jelas jika maklumat tiada; jangan reka.

Workflow · Baiki

Workflow · Baiki Pembaikan berasaskan keputusan kuiz
Murid saya paling ramai salah pada soalan [NOMBOR/ISI]. Berdasarkan sumber, jelaskan punca yang mungkin, kemudian tulis semula bahagian nota berkaitan dengan satu analogi harian dan satu aktiviti 5 minit untuk membetulkannya. Bahasa Melayu mudah.

Workflow · Persona

Workflow · Persona Configure Chat · Custom (tampal dalam kotak Custom)
Anda ialah 'Cikgu Pembantu' untuk guru Sains Tahun [TAHUN] di sekolah rendah Malaysia. Sentiasa jawab dalam Bahasa Melayu mudah, sentiasa rujuk sumber dan nyatakan TIADA jika maklumat tiada, dan tamatkan setiap jawapan dengan satu cadangan aktiviti kelas.

Notebook · Chat

Notebook · Chat Sumber disediakan: laluan udara pernafasan (sedia guna)
Berdasarkan buku teks yang dimuat naik, terangkan laluan udara semasa manusia menarik nafas bermula dari hidung hingga ke peparu, dalam bentuk jadual dua lajur: bahagian yang dilalui dan fungsinya. Bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun 4.
Notebook · Chat Sumber disediakan: kuiz organ pernafasan (sedia guna)
Berdasarkan sumber, bina 5 soalan kuiz aneka pilihan tentang organ pernafasan manusia untuk murid Tahun 4: 3 soalan mudah dan 2 soalan sederhana, dengan jawapan dan penerangan ringkas selepas setiap soalan.
Notebook · Chat Sumber disediakan: RPH gerak balas rangsangan (sedia guna)
Berdasarkan buku teks yang dimuat naik, sediakan draf Rancangan Pengajaran Harian 60 minit bagi topik Gerak Balas terhadap Rangsangan untuk Tahun 4: objektif boleh diukur, aktiviti 5 fasa dan satu aktiviti amali mudah menggunakan organ deria. Bahasa Melayu formal.
Notebook · Chat Rumusan DSKP kepada bahasa mudah
Berdasarkan sumber DSKP yang dimuat naik, rumuskan standard kandungan dan standard pembelajaran bagi topik [TOPIK] dalam jadual ringkas, kemudian cadangkan 3 aktiviti PdP yang sesuai untuk murid Tahun [TAHUN] berkemampuan sederhana. Bahasa Melayu mudah.
Notebook · Chat Jana soalan pentaksiran berdasarkan sumber
Berdasarkan sumber, bina 10 soalan objektif aneka pilihan bagi topik [TOPIK] untuk murid Tahun [TAHUN]: 4 soalan aras mudah, 4 sederhana dan 2 KBAT. Sediakan jadual jawapan dengan rujukan muka surat sumber bagi setiap soalan. Jika maklumat tiada dalam sumber, nyatakan TIADA, jangan reka.
Notebook · Chat Draf RPH daripada sumber
Berdasarkan sumber DSKP dan nota yang dimuat naik, sediakan draf Rancangan Pengajaran Harian bagi topik [TOPIK] Tahun [TAHUN]: objektif pembelajaran (boleh diukur), kriteria kejayaan, aktiviti 5 fasa (set induksi, perkembangan 3 langkah, penutup), BBM dan pentaksiran. Bahasa Melayu formal, format senarai.
Notebook · Chat Banding buku teks dengan DSKP
Berdasarkan kedua-dua sumber (buku teks dan DSKP), kenal pasti standard pembelajaran topik [TOPIK] yang TIDAK diliputi sepenuhnya oleh buku teks, dan cadangkan bahan tambahan untuk menutup jurang itu. Bentangkan dalam jadual dua lajur.

Studio · Slide Deck

Studio · Slide Deck Tema Superhero
Slaid untuk murid Tahun [TAHUN] dengan tema superhero. Setiap konsep utama diterangkan sebagai 'kuasa superhero', gunakan bahasa Melayu mudah dan ceria, selitkan soalan pantas 'Misi Kilat' pada setiap 2 slaid, dan akhiri dengan 'Misi Utama' iaitu satu cabaran tugasan untuk murid.
Studio · Slide Deck Tema Blok Binaan
Slaid untuk murid sekolah rendah dengan tema blok binaan. Mulakan dengan 'asas tapak', kemudian setiap slaid menambah satu 'blok' konsep di atas blok sebelumnya sehingga menara ilmu lengkap. Bahasa Melayu mudah, satu idea satu slaid, akhiri dengan slaid 'Bina Sendiri' untuk aktiviti murid.
Studio · Slide Deck Tema Angkasa Lepas
Slaid untuk murid Tahun [TAHUN] dengan tema pengembaraan angkasa lepas. Murid ialah angkasawan, setiap konsep ialah satu planet yang perlu diterokai, guru ialah kapten misi. Bahasa Melayu ceria, ada 'log misi' ringkas pada akhir setiap bahagian dan kuiz 'pendaratan' pada slaid akhir.
Studio · Slide Deck Tema Bawah Laut
Slaid untuk murid sekolah rendah dengan tema penerokaan bawah laut. Setiap konsep ialah satu zon laut dari cetek ke dalam, gunakan analogi hidupan laut, bahasa Melayu mudah, soalan 'buih soalan' setiap 2 slaid dan cabaran 'harta karun' di slaid akhir.
Studio · Slide Deck Tema Sukan
Slaid untuk murid Tahun [TAHUN] dengan tema kejohanan sukan. Setiap konsep ialah satu acara perlawanan, markah diberi selepas setiap 'perlawanan' (soalan pantas), dan slaid akhir ialah 'perlawanan akhir' iaitu kuiz 5 soalan. Bahasa Melayu ceria dan bersemangat.

Studio · Infografik

Studio · Infografik Tema Blok Binaan
Infografik satu halaman untuk murid sekolah rendah dengan tema blok binaan berwarna-warni. Susun isi sebagai blok yang bercantum dari bawah ke atas, maksimum 6 blok utama, bahasa Melayu mudah, setiap blok ada ikon dan satu ayat ringkas.
Studio · Infografik Tema Komik Superhero
Infografik satu halaman bergaya poster komik superhero untuk murid Tahun [TAHUN]. Tajuk besar di atas, 4 hingga 6 panel komik menerangkan konsep utama, kotak 'kuasa istimewa' untuk fakta penting dan kotak 'musuh' untuk kesilapan lazim murid. Bahasa Melayu ringkas.
Studio · Infografik Tema Peta Pengembaraan
Infografik satu halaman berbentuk peta pengembaraan untuk murid sekolah rendah: laluan bermula dari 'Mula' ke 'Tamat' melalui 5 hingga 7 perhentian, setiap perhentian satu konsep dengan ikon dan ayat pendek, ada 'checkpoint soalan' di tengah laluan. Bahasa Melayu mudah.
Studio · Infografik Tema Resipi Masakan
Infografik satu halaman bergaya kad resipi: 'bahan-bahan' ialah konsep atau fakta asas, 'cara memasak' ialah langkah proses [PROSES] mengikut turutan, dan 'hidangan siap' ialah kesimpulan. Bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun [TAHUN].

Studio · Quiz

Studio · Quiz Fokus kuiz organ pernafasan (sedia guna)
Fokus kepada organ pernafasan dan proses menarik serta menghembus nafas sahaja. Soalan mesti berdasarkan fakta dalam buku teks, dengan bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun 4.

Studio · Flashcards

Studio · Flashcards Istilah Unit 2 Manusia (sedia guna)
Istilah penting Unit 2 Manusia: organ pernafasan, hasil perkumuhan dan penyahtinjaan, serta gerak balas terhadap rangsangan. Muka depan kad ialah istilah pendek (1-3 patah perkataan), muka belakang penerangan satu ayat dalam bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun 4.

Studio · Mind Map

Studio · Mind Map Peta minda Unit 2 (sedia guna)
Peta minda mesti fokus kepada Unit 2 Manusia sahaja, dengan tiga cabang utama: pernafasan, perkumuhan dan penyahtinjaan, serta gerak balas terhadap rangsangan. Label cabang dalam bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun 4.

Studio · Data Table

Studio · Data Table Jadual organ pernafasan (sedia guna)
Bina jadual organ pernafasan manusia berdasarkan buku teks dengan lajur: nama organ, kedudukan dalam badan, fungsi utama dan satu fakta menarik. Bahasa Melayu mudah untuk murid Tahun 4.

Studio · Reports

Studio · Reports Nota poket murid (sedia guna · Create Your Own)
Hasilkan nota poket satu muka surat untuk ulang kaji murid Tahun 4 tentang sistem pernafasan manusia: senarai organ dan fungsinya, urutan laluan udara, dan 5 fakta 'Tahukah Anda?' yang menarik. Gaya mesra murid, bahasa Melayu mudah, guna tajuk kecil dan senarai bernombor.
Studio · Reports Tiga versi nota aras berbeza
Berdasarkan sumber, hasilkan tiga versi nota satu muka surat untuk topik [TOPIK] Tahun [TAHUN]: Versi A (aras asas, ayat pendek, satu contoh setiap fakta), Versi B (aras sederhana), Versi C (aras tinggi dengan satu soalan KBAT). Tandakan setiap versi dengan jelas. Bahasa Melayu.

Studio · Audio Overview

Studio · Audio Overview Fokus podcast pernafasan (sedia guna)
Bincangkan mengapa manusia perlu bernafas dan bagaimana udara bergerak dari hidung hingga ke peparu, dengan analogi kehidupan harian yang mudah difahami murid Tahun 4. Akhiri dengan 3 soalan renungan ringkas untuk murid.

Studio · Video Overview

Studio · Video Overview Custom topic video Short: pengembaraan Oksi (sedia guna)
Perjalanan udara dalam badan manusia dari hidung hingga ke peparu, diceritakan sebagai pengembaraan seekor zarah udara comel bernama Oksi, untuk murid Tahun 4, dalam bahasa Melayu yang mudah dan ceria, bawah 90 saat.

Canva AI · Slaid

Canva AI · Slaid Slaid PdP lengkap
Hasilkan slaid pembentangan [BILANGAN] muka dalam Bahasa Melayu untuk PdP [SUBJEK] Tahun [TAHUN] bertajuk [TAJUK], gaya ceria dan mesra murid sekolah rendah, ada slaid objektif pembelajaran di awal dan soalan kuiz pada slaid akhir.
Canva AI · Slaid Slaid ikut rangka Notebook
Hasilkan slaid pembentangan dalam Bahasa Melayu untuk murid Tahun [TAHUN] mengikut rangka ini, satu slaid setiap baris, kekalkan urutan: [TAMPAL TAJUK SLAID DARIPADA NOTEBOOK]. Gaya ceria, ilustrasi kartun, fon besar.

Canva AI · Aktiviti

Canva AI · Aktiviti Lembaran kerja
Hasilkan lembaran kerja satu halaman dalam Bahasa Melayu untuk murid Tahun [TAHUN] bagi topik [TOPIK]: bahagian A padankan 5 item, bahagian B isi tempat kosong 5 soalan, bahagian C satu soalan KBAT dengan ruang jawapan. Reka bentuk ceria mesra cetak hitam putih.

Canva AI · Poster

Canva AI · Poster Poster 'Bantu anak anda di rumah'
Hasilkan poster A4 dalam Bahasa Melayu bertajuk 'Bantu Anak Anda Belajar [TOPIK]' untuk ibu bapa murid Tahun [TAHUN]: 4 aktiviti 5 minit di rumah dengan ikon, warna terang, fon besar, gaya mesra keluarga.

Canva AI · Code

Canva AI · Code Kuiz interaktif
Bina kuiz interaktif mudah dalam Bahasa Melayu tentang [TOPIK] untuk murid Tahun [TAHUN], [BILANGAN] soalan aneka pilihan dengan skor, maklum balas ceria selepas setiap jawapan dan skrin tahniah pada akhir. Butang besar sesuai untuk telefon.
Canva AI · Code Roda nama / pemilih rawak murid
Bina roda pemilih rawak interaktif dalam Bahasa Melayu: saya boleh menaip senarai nama murid, klik butang PUSING dan roda memilih satu nama secara rawak dengan animasi dan bunyi ceria. Ada butang padam nama yang sudah dipilih.
Canva AI · Code Permainan padanan seret dan lepas
Bina permainan padanan interaktif dalam Bahasa Melayu untuk murid Tahun [TAHUN]: padankan [BILANGAN] istilah [TOPIK] dengan penerangannya dengan seret dan lepas, skor, bunyi ceria dan butang 'Main semula'.

Canva AI · Aktiviti Murid

Canva AI · Aktiviti Murid Create student activities
[TOPIK] untuk [SUBJEK] Tahun [TAHUN]. PENTING: Hasilkan seluruh aktiviti dalam Bahasa Melayu sepenuhnya, semua tajuk, arahan dan label mesti dalam Bahasa Melayu, jangan guna Bahasa Inggeris.
Canva AI · Aktiviti Murid Susulan: terjemah baki teks BI
Terjemahkan semua teks dalam aktiviti ini kepada Bahasa Melayu sepenuhnya, kekalkan susun atur dan reka bentuk.

Guru · Pengurusan

Guru · Pengurusan Mesej ringkas kepada ibu bapa
Draf mesej WhatsApp ringkas dan mesra dalam Bahasa Melayu kepada ibu bapa murid Tahun [TAHUN] tentang [PERKARA], nada positif, maksimum 80 patah perkataan, mulakan dengan salam dan akhiri dengan ucapan terima kasih.
Guru · Pengurusan Ulasan pentaksiran murid
Bantu saya menulis ulasan PBD untuk murid dengan tahap penguasaan [TP] bagi [SUBJEK]: 3 versi ulasan berbeza, setiap satu 2 ayat, nada membina dan positif, Bahasa Melayu formal sederhana.
Guru · Pengurusan Salah faham lazim dan soalan diagnostik
Berdasarkan sumber, senaraikan 3 salah faham yang lazim dalam kalangan murid Tahun [TAHUN] tentang [TOPIK]. Untuk setiap satu: punca salah faham, satu soalan diagnostik aneka pilihan yang mana pilihan salahnya mencerminkan salah faham itu, dan cara guru membetulkannya dalam dua ayat. Jadual, Bahasa Melayu.

Versi cetak: Rujukan_Template_Prompt_Inovasi_PDPC.pdf

Bengkel Inovasi Pedagogi Berteknologi Dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC)
Ts. Ashraf bin Naim · Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Menengah & Tingkatan 6) · PPD Kluang
Langkah alat disemak pada akaun DELIMa, 21 Oktober 2026. Paparan aplikasi boleh berubah dari semasa ke semasa.
Disalin ke papan keratan